Sunday, September 29, 2013

Asia Pacific Youth Forum 2013

Penyertaan pelajar ke 16th Asia Pacific Youth Forum di Melaka.



Pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA (PBJMO) telah menyertai program Asia Pacific Youth Forum yang diadakan di Hatten Hotel Melaka bermula 17 sehingga 19 September 2013. 13 orang pelajar PBJMO juga dijemput membuat persembahan Soran Bushi dimana konsep yang ditampilkan kali ini berkelainan kerana menggunakan ultraviolet. Seterusnya pelajar terlibat didalam forum, aktiviti kumpulan bersama pelajar luar negara, lawatan ke Kg Molten dan program tanam pokok di Kg Sebatu, Sungai Rambai.

Saturday, September 28, 2013

Audit 5S untuk Persijilan Kali ke 3



26hb September 2013, MJII telah menjalani proses pengauditan 5S untuk pesijilan kali ke 3. Para pelajar PBJMO telah membuat persembahan welcoming dance iaitu Soran Bushi semasa lawatan oleh auditor 5S. 2 orang pelajar perempuan juga telah ditugaskan sebagai usherer dan mereka memakai pakaian yukata. Berita dari Helmi sensei.

Saturday, September 21, 2013

MARA Oisca International Business Forum 2013 (MOIBF 2013)


MARA-OISCA International Business Forum 2013 telah selamat dijalankan pada 14 September 2013 di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Ianya adalah untuk kali yang kedua diadakan.

Monday, September 9, 2013

Sesi Temuduga Pelajar ke Jepun 2013


Satu sesi temuduga oleh OISCA bagi memilih pelajar-pelajar yang akan berpeluang menjalani latihan praktikal di Jepun bagi tahun 2013 dalam bidang kursus Mekanikal dan kursus Electroplating (Penyaduran). Turut hadir sebagai panel ialah Ms. Tamayo Shoji wakil dari OISCA International.