Friday, December 20, 2013

Program Homestay di Jepun








Seorang pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA OISCA telah menyertai pelajar-pelajar MJII untuk program homestay di Jepun mulai 15hb hingga 25hb Disember 2013. Rombongan diketuai oleh Helmi sensei. Fitrah sensei turut menghantar rombongan ke KLIA bagi memastikan setiap persiapan pelajar-pelajar adalah lengkap.

Monday, December 9, 2013

Lawatan ke UK Agro Farm...




MARA - OISCA telah mengadakan lawatan ke UK Argo Farm Kluang, Johor. Antara aktiviti mereka ialah :-

-lawat tempat memproses makanan kambing
-lawat kandang kambing, beri makan kambing, beri susu pada anak kambing
-lawat tempat memerah susu kambing. merasa susu kambing
-melihat kambing dibawa ke padang ragut
-memberi makan burung unta
-lawat kampung orang asli
-merasa buah markisa
-lawat rumah cendawan, merasa cendawan
-lawat tapak tanaman nenas, apple mint, mulberi
-memanah
-sheep challenge (pertandingan tangkap anak kambing)

terima kasih Afif sensei....

Lawatan ke UK Agro Farm...

sambungan...


Friday, December 6, 2013

Program Tanam Pokok dan Pertukaran Budaya


12 & 13 November 2013, di Kuala Sepetang Taiping Perak, pelajar-pelajar dan sensei OISCA terlibat dalam Program Tanam Pokok dan Pertukaran Budaya Malaysia - Jepun.

Friday, October 11, 2013

Tamat Latihan Bahasa Jepun sesi ke 4


10hb Oktober 2013, pelajar-pelajar OISCA sesi ke 4 bagi tahun 2013 telah menamatkan latihan mereka.

Menerima Kunjungan OISCA Bangladesh


Selepas bertemu dan berseminar di Asia Youth Forum, deligasi OISCA Bangladesh telah berkunjung ke OISCA MARA di MJII.

Sunday, September 29, 2013

Asia Pacific Youth Forum 2013

Penyertaan pelajar ke 16th Asia Pacific Youth Forum di Melaka.



Pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA (PBJMO) telah menyertai program Asia Pacific Youth Forum yang diadakan di Hatten Hotel Melaka bermula 17 sehingga 19 September 2013. 13 orang pelajar PBJMO juga dijemput membuat persembahan Soran Bushi dimana konsep yang ditampilkan kali ini berkelainan kerana menggunakan ultraviolet. Seterusnya pelajar terlibat didalam forum, aktiviti kumpulan bersama pelajar luar negara, lawatan ke Kg Molten dan program tanam pokok di Kg Sebatu, Sungai Rambai.

Saturday, September 28, 2013

Audit 5S untuk Persijilan Kali ke 3



26hb September 2013, MJII telah menjalani proses pengauditan 5S untuk pesijilan kali ke 3. Para pelajar PBJMO telah membuat persembahan welcoming dance iaitu Soran Bushi semasa lawatan oleh auditor 5S. 2 orang pelajar perempuan juga telah ditugaskan sebagai usherer dan mereka memakai pakaian yukata. Berita dari Helmi sensei.