Wednesday, May 22, 2013

Bengkel Penyetaraan NOSS Program Latihan Internship MARA


Satu Bengkel Penyetaraan NOSS Program Latihan Internship MARA telah diadakan pada 18 Mei - 20 Mei di Hotel Grand Bluewave Shah Alam.
Objektif pada bengkel ini ialah

1. Menggubal dasar perlaksanaan Dasar SLDN MARA-OISCA
2. Pemetaan Bidang - Jadual Kerja Perlaksaan kepada NOSS
3. Merangka Standard Operating Procedure untuk pelajar yang telah tamat latihan internship di Jepun

Pada kebiasaaanya, apabila pelajar tamat dari latihan internship di Jepun, para pelajar berkenaan akan hanya dapat bekerja di industri di Jepun. Tetapi melalui bengkel ini, pihak MARA telah memohon pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) agar pelajar yang tamat latihan nanti, supaya dianugerahkan Diploma Kemahiran (SKM4) atau Diploma Kemahiran Lanjutan (SKM5).

Para pelajar berkenaan akan mendapat faedah dan impak yang sangat besar sekiranya bekerja, mereka akan mendapat gaji yang setara dengan pengiktirafan oleh JPK mahupun ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ke universiti dapat direalisasikan.

Peserta bengkel tersebut terdiri daripada fasilitator dari JPK, wakil industri iaitu bekas lepasan pelajar program MARA-OISCA dan tenaga pengajar pakar terpilih dari IKM.

Dimajlis tersebut juga, pihak MARA diwakili oleh Pengarah BKT, Tn Hj Mohd Fadzil Bin Ghazali telah menyerahkan borang permohonan pengiktirafan kepada En. Nidzam Bin Kamarulzaman, Timbalan Ketua Pengarah JPK untuk dipertimbangkan permohonan tersebut.